Selasa, 16 Oktober 2012

LOGO SMK (FELDA) BESOUT

* Hijau - Agama Islam dan kesuburan alam semulajadi.
* Merah - Keberanian, kegigihan dan semangat waja.
* Putih - Kesucian dan kebersihan.
* Oren - Warna rasmi Felda.

VISI & MISI SMK (FELDA) BESOUT

Visi SMK (FELDA) BESOUT

Melonjakkan kecemerlangan SMK Felda Besout, dalam pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin serta meningkatkan imej pengurusan dan pentadbiran menjelang 2015.


Misi SMK (FELDA) BESOUT

SMK Felda Besout bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan melalui:
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
2. memperkasakan kepimpinan instruksional dan membina kepimpinan transformasional.
3. Pembudayaan & pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran.
4. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
5. Sahsiah dan disiplin yang berasaskan program pembangunan insan.
6. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
7. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

SEJARAH SMK (FELDA) BESOUT

 Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua.
     Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
     Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupakan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
     Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (2012), tiga belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. Mereka terdiri daripada :
  • Pn. Kalthom binti Abd. Rashid
        : 9 Januari 1984 - 1 Februari 1984
  • En. Shafie bin Mohd Ariffin
        : 1 Februari 1984 - 1 Februari 1986
  • Pn. Kalthom binti Abd. Rashid
        : 1 Februari 1986 - 15 November 1987
  • En. Abu Massaut bin Shafiee
        : 16 November 1987 - 19 Mac 1991
  • Tn. Haji Ibrahim bin Jamil
        : 1 April 1991 - 15 Januari 1992
  • Tn. Haji Hamzah bin Yusof
        : 16 Januari 1992 - 16 Februari 1994
  • En. Abdul Mutalib bin Abdul Hamid
        : - 30.3.1998
  • En. Mohd Saaid bin Sulaiman
        : 1 April 1998 - 11 Disember 1998
  • Tn. Haji Ibrahim bin Ahmad
        : 12 Disember 1998 - 16 Julai 2001
  • Tn. Haji Razali bin Ismail
        : Julai 2001 - Jun 2005
  • Pn. Hajjah Ramlah binti Abdullah
        : Julai 2005 - Mac 2008
  • Tn. Haji Abdul Kefli bin Mat Sih
        : Mac 2008 - September 2009
  • Pn. Hajjah Siti Mariam binti Joned
        : September 2009 - Julai 2011
  • Pn. Hajjah Zabidah binti Hassim
        : Julai 2011 - Sekarang
     Setelah 28 tahun ditubuhkan, sekolah ini mengalami perubahan yang ketara dari segi kemudahan fizikal, pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pelbagai kemajuan telah dicapai meskipun lokasinya jauh di pedalaman. Semoga dalam alaf baru ini Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.

Jumaat, 12 Oktober 2012

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR

SELAMAT MENDUDUKKI PEPERIKSAAN PMR KEPADA FORM 3,DI SMK (FELDA) BESOUT..SEMOGA DAPAT 8A DALAM PMR..JAWAB BETUL2 YE..
IKHLAS DARI SAYA: Nurul Nazira Hassan
TINGKATAN             : 2 Anggerik

Selasa, 25 September 2012

Maksud Teknologi Maklumat dan KomunikasiTeknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

                                              1. Input Device - Mouse



- Keyboard


- Scanner



- Microphone




3. Output Device - Monitor



           - LCD Projector



 - Speaker



  - Printer



Rabu, 29 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN,SAYA UCAPKAN KHUSUSNYA UNTUK SEKOLAH DAN KAWAN-KAWAN SAYA DI SMK (FELDA) BESOUT..SEMOGA RAYA TAHUN NI LEBIH MERIAH DARI RAYA SEBELUMNYA..MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP YANG TELAH SAYA LAKUKAN....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARIPADA:NURUL NAZIRA
KEPADA:WARGA SMK (FELDA) BESOUT

 

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55..KIBARKAN JALUR GEMILANG SEBAGAI TANDA SAYANG DAN CINTA AKAN NEGARA MALAYSIA..SEMOGA NEGARA MALAYSIA AKAN KEKAL AMAN DAN DAMAI SELAMA-LAMANYA..AMIN...